jadikan apa yang kita inginkan menjadi 1 kenyataan.

Sunday, January 23, 2011

~cinta?? suka?? ~

Apa makna 'cinta' dan apa plak makna 'sayang'? Adakah cinta itu lebih besar dari perasaan 'cinta' ataupun 'sayang' itu lebih mendalam dari perasaan 'sayang'? setiap kali soalan ini diajukan, lelaki pasti mengatakan bahawa 'cinta' mereka adalah agung, terlalu besar dan tidak dapat dinilaikan oleh seorang wanita.

saya mengerti erti 'cinta' dan 'sayang' dari pengalaman yang agak menarik. 'cinta' selalunya menyakitkan, menyedihkan, memerlukan pengorbanan dari ramai pihak. 'cinta' yang diagungkan tidak banyak yang kekal. 'cinta' banyak merosakkan keyakinan diri, maruah dan juga kepercayaan seseorang terhadap kehidupan yang bahagia.


bagi saya, perasaan 'sayang' adalah satu anugerah Tuhan terhadap makhluknya. 'sayang' tidak semestinya dibalas oleh pihak yang kedua mahupun yang ketiga. perasaan 'sayang' yang ada dalam diri lebih luas dan mendalam terhadap setiap makhluk yang ada dibumi ini. melihat kebahagian orang yang kita 'sayangi' merupakan satu perasaan indah yang tak mungkin dapat dinilai dengan wang ringgit.


bagi mereka yang sedang asyik ber'cinta', cuba fikirkan, mungkin saya yang sudah melatih diri untuk tidak mempercayai kewujudan 'cinta' di dunia ini. tapi sekiranya seseorang itu kita 'cinta'i bukankah kita tidak sepatutnya bergaduh, mungkir janji, saling memarahi dan mencurigai sesama diri.



terpulang pd diri sendiri. Cinta pd Allah sudah semestinya. Tp jika kita dah temui insan yg sejati, cinta itu hadir tanpa disedari. Percayalah... .. Masih ada manusia yg baik di bumi Allah ini.

saya percaya dan sentiasa menginginkan kehidupan yang penuh dengan 'sayang' yang wujud diantara manusia... ..

No comments:

Post a Comment